Followers

Selasa, 7 April 2015

Semakan penempatan

Alhamdulilah... Dah dapat tahu penempatan kat mana. Kat sini saya post gambar penempatan yang saya check dekat website ye..sebab ramai yang email saya tanya macam mana nak tahu dapat dekat kementerian mana setelah status di laman web SPA bertukar. Untuk pengetahuan semua, pihak SPA dah tak keluarkan surat tawaran pelantikan sebaliknya tempat yang akan kita lapor diri nanti akan keluarkan surat tersebut. 
Bagi saya..kenapa tak buat macam dulu.Nampak lebih efisyen dan teratur. Kalau dulu pihak SPA keluarkan surat memberitahu yang kita dapat dekat kementerian mana...n kementerian pun bagi surat jugak menunjukkan kita akan lapor diri kat mana. So takdela calon tertunggu-tunggu. Nasiblah usben saya tak terlepas tarikh lapor diri. Kalau terlepas macam mana..tak ke nanya..
Nasib baikla saya ni tergerak hati nak call SPA...kalau tak melepaslah...
So sapa yang dah berubah status tu..boleh terus call SPA tanya maksud lantikan tetap n sekiranya dah diterima untuk masuk GOV pastikan anda bertanya dapat dekat kementerian mana. Selepas tu baru kita call kementerian yang kita dapat untuk tahu penempatan seterusnya...nanti diaorang akan bagitahu apa perlu kita buat..





2 ulasan: